STR MAYBANK BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2025

STR MAYBANK BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) dimasukkan pada waktu yang berbeza secara rawak melalui pelbagai jenis akaun bank yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan, termasuklah akaun ‘Maybank’.

Bagaimanakah semakan status bayaran STR Maybank bila masuk? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 3 BANK ISLAM BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR MAYBANK BILA MASUK FASA 3

Berikut merupakan masa bayaran STR yang biasanya dimasukkan ke dalam akaun Maybank :

JENIS AKAUN BANKMASA BAYARAN STR MASUK
Maybank
(Malayan Banking Berhad)
Selepas 9:00 malam
*Namun bayaran masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan perlu disemak dari semasa ke semasa.

TARIKH BAYARAN STR MAYBANK MASUK FASA 3

Bayaran STR Fasa 3 melalui akaun Maybank adalah bermula pada tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN
STR FASA 3
(PENERIMA SEDIA ADA)
TARIKH BAYARAN
STR FASA 3
(PENERIMA BARU & RAYUAN)
Bermula 12 Ogos 2025 (Selasa)Bermula 21 Ogos 2025 (Khamis)
*Pembayaran dilaksanakan secara berperingkat selama tiga (3) ke lima (5) hari bekerja.

KADAR BAYARAN STR MAYBANK MASUK FASA 3

Kadar pembayaran STR Fasa 3 adalah bergantung kepada kategori penerima berikut :

KATEGORI ISI RUMAH :

ISI RUMAH
(PENDAPATAN B40)
ISI RUMAH
(PENDAPATAN M40)
RM150 (Tiada anak)
RM300 (1 – 2 anak)
RM500 (3 – 4 anak)
RM650 (5 anak ke atas)
RM150 (Tiada anak)
RM200 (1 – 2 anak)
RM250 (3 – 4 anak)
RM300 (5 anak ke atas)

KATEGORI BUJANG :

BUJANG
(UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN)
BUJANG
(UMUR 60 TAHUN KE ATAS)
RM150RM150

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025

Bagi yang belum mengetahui status sebagai penerima STR Fasa 3, ikuti cara semakan status yang lengkap seperti di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM STR FASA 3 2025

Antara soalan lazim yang sering ditanya berkaitan bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut :

SOALANJAWAPAN
Adakah benar bayaran STR paling awal
dimasukkan dalam akaun Maybank?
Bayaran STR dimasukkan secara peringkat
dan rawak (mungkin awal dan mungkin lewat)
Bagaimanakah untuk menerima bayaran
STR jika tiada akaun bank?
Bayaran STR boleh dituntut di kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Adakah bayaran STR dimasukkan juga
ke dalam akaun bank yang tidak aktif?
Bayaran STR hanya dimasukkan ke dalam
akaun bank yang aktif sahaja
Bagaimanakah untuk mengetahui
bayaran STR telah dimasukkan dalam akaun?
Sila semak penyata akaun bank dari semasa
ke semasa
Apakah perlu mengemukakan permohonan
untuk menerima bayaran STR?
Ya. Untuk menerima bayaran, permohonan
perlu dikemukakan di Portal Rasmi STR

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%203%2011082025.pdf.

Leave a Comment