SENARAI BARANG SARA RAHMAH 2026 : CARA SEMAK & BELI & GUNA
Seramai hampir 9 juta rakyat Malaysia yang disahkan layak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menebus lebih 140,000 barangan asas di bawah kategori dan jenama yang diluluskan di bawah Program SARA di premis runcit berdaftar.
Apakah senarai barang sara rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
SYARAT KELAYAKAN SARA RAHMAH
Kelayakan penerima barang sara rahmah 2026 adalah seperti berikut :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan |
CARA PELAKSANAAN SARA RAHMAH
Program SARA Rahmah dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Cara Pelaksanaan | Bantuan tanpa tunai (cashless) setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Kegunaan/Manfaat | Elaun bulanan yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh digunakan untuk membeli barang asas yang diluluskan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh Malaysia |
| Tempoh bantuan | 12 Bulan (Januari sehingga Disember) |
JUMLAH ELAUN BARANG SARA RAHMAH
Berikut merupakan kadar bulanan SARA Rahmah untuk menebus barang asas yang diluluskan :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SENARAI BARANG SARA RAHMAH
Berikut merupakan senarai barangan yang diluluskan di bawah Program SARA Rahmah :
| KATEGORI | JENAMA |
|---|---|
| Beras | Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5 |
| Roti | Gardenia, Massimo, Mighty White |
| Telur | CP, NutriPlus, QL Eggs |
| Minyak Masak | Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni |
| Tepung | Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros |
| Biskut | Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng |
| Mi Segera | Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap |
| Minuman | Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi |
| Bahan Perasa | Maggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza |
| Produk Kebersihan Diri | Colgate, Dettol, Kotex |
| Ubat-Ubatan (OTC) | Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar |
| Barangan Persekolahan | Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata |
| Barangan Kebersihan Rumah | Breeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai |
| Makanan Sejuk Beku | Ayam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku |
Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk di Portal Rasmi SARA di https://sara.gov.my/
CARA TEBUS BARANG SARA RAHMAH
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA Rahmah.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026