STR FASA 3 MAYBANK BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR FASA 3 MAYBANK BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pelbagai jenis akaun bank yang digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Maybank, Cimb Bank, RHB Bank, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan menyalurkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut jenis akaun bank yang didaftarkan oleh pemohon.

Bagaimanakah semakan bayaran STR Fasa 3 dalam Maybank bila masuk? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR CHECK STATUS : SEMAK KELAYAKAN FASA 3 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JENIS BAYARAN MASUK STR FASA 3

Bagi memudahkan penerima menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) jenis bayaran mengikut penerima berikut :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima, mengikut jenis bank (Maybank dan sebagainya) berdasarkan yang didaftarkan dalam permohonan STR; atau
  • Pembayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

STR FASA 3 MAYBANK BILA MASUK

Lazimnya bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan ke dalam akaun Maybank pada waktu berikut :

JENIS BANKWAKTU BAYARAN MASUK
Maybank
(Malayan Banking Berhad)
Selepas 9 malam
*Namun, bayaran masuk tidaklah menentu dan perlu disemak dalam akaun bank masing-masing.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 MASUK MAYBANK

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dimasukkan secara berperingkat pada tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR FASA 3
Penerima Sedia AdaBermula 12 Ogos 2025 dan berperingkat
Penerima BaharuBermula 12 Ogos 2025 dan berperingkat

JUMLAH BAYARAN MASUK STR FASA 3

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dimasukkan mengikut kategori kelayakan penerima berikut :

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Isi Rumah
(Pendapatan
Bawah RM2,500)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM650
Isi Rumah
(Pendapatan
RM2,501 – RM5,000)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM150
BujangRM150

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3

Status penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 hanya boleh disemak di laman rasmi seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%203%2011082025.pdf.

Leave a Comment