STR FASA 3 2025 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STR FASA 3 2025 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Dari semasa ke semasa bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan berperingkat mengikut empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Fasa satu (1) dan dua (2) telah selesai dilaksanakan pada bulan Mac dan kini bayaran fasa tiga (3) akan dilaksanakan.

Bagaimanakah semakan STR Fasa 3 tarikh bayaran? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH ELIGIBILITY : SEMAKAN ONLINE

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Terdapat dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR
Ada akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima
Tiada akaun bankDiberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

KADAR BAYARAN STR FASA 3 2025

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 3 2025
Isi Rumah B40RM150 hingga RM650
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah M40RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
Warga EmasRM150
BujangRM150

STR FASA 3 2025 TARIKH BAYARAN

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar mengikut tarikh berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Satu (1)22 Januari hingga 28 Januari 2025
Dua (2)24 Mac hingga 27 Mac 2025
Tiga (3)Akhir Julai hingga Ogos 2025
(Jangkaan)
Empat (4)November 2025
*Nota : tarikh bayaran bagi fasa tiga (3) dan empat (4) akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025

Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah untuk semakan status penerima Fasa 3 :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my
  1. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment