STR BUJANG FASA 3 : (2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Golongan bujang yang belum berkahwin atau yang berpisah dengan pasangan (tiada anak) layak untuk memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan sekiranya memenuhi kelayakan yang ditetapkan, golongan bujang akan menerima kadar bayaran sehingga RM600 pada tahun ini.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima STR Bujang Fasa 3? Ikuti panduan lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH 100 SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR BUJANG 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan sebagai penerima STR Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin; atau
- Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Berumur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU 19 tahun ke atas);
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
KAEDAH BAYARAN STR BUJANG FASA 3
Bagi memudahkan golongan bujang untuk menerima Bantuan STR, bayaran dibuat melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank (bagi bujang yang ada akaun bank aktif); atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) (bagi bujang yang tiada akaun bank).
KADAR BANTUAN STR BUJANG FASA 3 2025
Kerajaan telah meningkatkan kadar bayaran Bantuan STR kepada golongan Bujang bagi tahun 2025, iaitu sebanyak berikut :
KADAR PENUH | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
JADUAL BAYARAN STR BUJANG FASA 3 2025
Pelaksanaan bayaran Bantuan STR dilakukan secara berfasa dan setiap fasa dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa seperti jadual berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Pertama (1) | 22 Januari hingga 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | 24 Mac hingga 27 Mac 2025 |
Ketiga (3) | Akhir Julai hingga Ogos 2025 (Akan dikemaskini) |
Keempat (4) | November 2025 (Akan dikemaskini) |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR BUJANG FASA 3
Rujuk panduan semakan status kelayakan penerima STR Bujang seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Layari pautan Portal Rasmi STR di atas.
- Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Log masuk menggunakan MyDigital ID; atau Log masuk secara manual.
- Masukkan 12 digit nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan nombor MyKad.
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.