STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK ANDA
Walaupun tiada bayaran tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori Bujang pada tahun 2026, penerima bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan secara automatik sekiranya permohonan STR 2026 diluluskan.
Bagaimanakah semakan status str bujang 2026 diganti dengan sara rm600? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : MYSTR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA REGISTER PERMOHONAN
PENGENALAN STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA RM600
Bermula tahun 2026, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang tidak lagi diberikan secara berfasa dalam bentuk tunai seperti kategori lain iaitu Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Sebaliknya, bantuan akan digantikan dengan Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai yang berdaftar.
AMAUN STR BUJANG DIGANTI DENGAN SARA
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang (Berstatus eKasih) | RM1,200 Setahun | RM100 Sebulan |
| Bujang (Bukan eKasih) | RM600 Setahun | RM50 Sebulan |
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CARA GUNA SARA RM600
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAKAN STATUS STR BUJANG 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]