STR BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Terkini! Bermula tahun 2026, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas penerima.
Bagaimanakah semakan str bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & REGISTER PERMOHONAN
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kategori bujang mestilah terdiri daripada :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN STR BUJANG 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR STR 2026 | KADAR SARA 2026 |
|---|---|---|
| Bujang | – | RM600 (RM50/Sebulan) |
Catatan : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang, bakal digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2026.
SEMAKAN STR BUJANG 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MySTR; dan
- Portal SARA
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara semakan status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]