STR 2026 KEMASKINI : CARA KEMAS KINI PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ONLINE DI mySTR
Borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mula dikemas kini untuk penerimaan Fasa pertama (1) tahun 2026. Sama ada anda mempunyai perubahan maklumat permohonan, anda tetap perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu supaya boleh log masuk untuk kemaskini dan semakan status terkini.
Bagaimanakah cara kemaskini STR 2026? Ikuti Panduan lengkap cara kemaskini secara online di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU MYSTR 2026 : REGISTER, DAFTAR AKAUN & PEMOHON BAHARU (PANDUAN LENGKAP)
AMAUN BAYARAN STR 2026
Kerajaan akan membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan amaun yang berbeza bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima. Selain itu, Kerajaan turut memberikan bayaran tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima STR.
Berikut merupakan amaun bayaran STR 2026 kepada setiap kategori penerima :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR 2026 | TAMBAHAN SARA |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM700 1-2 : RM1,200 3-4 : RM1,700 5 ke atas : RM2,200 | RM2,400 (eKasih) dan RM1,200 (STR) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM200 1-2 : RM450 3-4 : RM700 5 ke atas : RM950 | RM1,200 |
Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 | RM600 |
Bujang | – | RM600 |
KENAPA PERLU KEMASKINI STR 2026?
Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah penting kerana ianya bagi memastikan penerima menerima bantuan yang tepat dan layak berdasarkan maklumat terkini. Berikut merupakan sebab utama kenapa perlu kemaskini STR :
- 🏠 Perubahan Maklumat Peribadi
- Contoh : Alamat tempat tinggal baru, nombor telefon berubah, atau status perkahwinan (berkahwin / bercerai / kematian pasangan).
- 👶 Pertambahan atau Perubahan Tanggungan
- Jika ada pertambahan anak baru lahir, anak bertukar status pelajar atau anak tidak lagi tanggungan perlu dikemas kini untuk kiraan jumlah bantuan.
- 💼 Perubahan Pendapatan Isi Rumah
- Pendapatan naik atau turun boleh menjejaskan kelayakan dan kadar bantuan yang diterima, Sekiranya tidak kemaskini, bantuan mungkin ditolak atau tidak mencerminkan keadaan sebenar.
- 💳 Pastikan Akaun Bank Aktif dan Betul
- Untuk mengelakkan gagal kredit (bantuan tidak masuk dalam akaun) akhir nombor akaun tidak aktif atau salah.
- ❌ Elak Pembatalan atau Kelewatan Bayaran
- Pihak LHDN boleh menolak atau menangguh bantuan jika data tidak sah atau tidak dikemas kini melebihi tempoh yang ditetapkan.
- 📝 Saringan Semula Kelayakan Tahunan
- Setiap tahun, kerajaan akan membuat semakan semula penerima STR. Kemaskini membantu mengekalkan status penerima aktif.
CARA DAFTAR AKAUN STR 2026
Semua pemohon / penerima sedia ada perlu mendaftar akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.
Ikuti cara daftar akaun STR baharu seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
PANDUAN LOG MASUK AKAUN STR 2026
Sebelum mengemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pemohon perlu log masuk akaun MySTR terlebih dahulu. Untuk log masuk, anda perlu melalui proses-proses seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya log masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
CARA KEMASKINI STR 2026
Apabila berjaya log masuk, pemohon / penerima sedia ada boleh mula membuat kemaskini borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terbaru mengikut panduan berikut :
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
RUJUKAN STR
Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Kemaskini STR, anda boleh rujuk pihak STR di bawah :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.