STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 kepada penerima-penerima yang layak melalui bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pengkreditan dalam akaun bank adalah berbeza dan berperingkat.
Bilakah tarikh bayar STR Fasa 1? Bagaimanakah cara semak status layak atau tidak? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 2026 RM200 : CHECK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula dilaksanakan pada tarikh yang telah dinyatakan oleh pihak Kerajaan seperti berikut :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYAR STR FASA 1 |
|---|---|
| Terima bayaran melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula : 20 Januari 2026, Selasa |
| Terima kredit melalui akaun bank penerima / akaun bank pasangan | Bermula : 20 Januari 2026, Selasa dan berperingkat |
AMAUN BAYARAN STR FASA 1 2026
Amaun bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk penerima isi rumah B40, Isi Rumah M40 dan warga emas adalah berbeza bermula RM100 sehingga RM500 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 sehingga RM500 (tertakluk jumlah anak) |
| Isi Rumah M40 | RM100 sehingga RM200 (tertakluk jumlah anak) |
| Warga Emas | RM150 |
JUMLAH PENERIMA LAYAK STR FASA 1 2026
Berdasarkan rekod, seramai 5 juta pemohon yang telah melepasi status kelayakan dan layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang melibatkan kategori berikut :
| KATEGORI | JUMLAH PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 2.7 juta | RM0.8 billion |
| Isi Rumah M40 | 1.0 juta | RM0.1 billion |
| Warga Emas | 1.3 juta | RM0.2 billion |
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK STR FASA 1 2026
Bagi pemohon sedia ada dan pemohon baharu, boleh menyemak status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026. Ikuti cara semak status di bawah :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk STR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Untuk dapatkan sebarang maklumat lanjut yang lebih terperinci berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh dapatkan melalui pihak berwajib seperti di bawah :
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Laman STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR : 03 8882 4565 / 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Artikel yang kami kongsikan ini adalah bertujuan untuk memudahkan carian dan capaian orang ramai berkaitan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca atau tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.
Kami menulis artikel ini berdasarkan sumber yang sahih dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.