STR 2026 CHECK STATUS : (FASA 1) CEK LAYAK ATAU TIDAK
Penyasaran semula subsidi membolehkan Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ditambahbaik bagi memastikan golongan yang layak menerima bantuan yang sewajarnya.
Untuk semakan status kelayakan, para pemohon bantuan boleh membuat semakan dengan mudah dan pantas secara online di Portal MySTR pada bila-bila masa.
Bagaimanakah check status str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN TAMBAHAN MYKASIH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)
CHECK STATUS STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KEPENTINGAN CHECK STATUS STR 2026
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Portal MySTR membolehkan penerima untuk mengetahui maklumat utama seperti :
- Status Kelayakan Permohonan (Layak atau Tidak);
- Status Bayaran (sama ada bayaran telah dikreditkan atau tidak);
- Jumlah Bayaran Yang Layak Diterima;
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CHECK JUMLAH BAYARAN STR 2026
Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak (0) : RM700 1 – 2 Anak : RM1,200 3 – 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak (0) : RM200 1 – 2 Anak : RM450 3 – 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | Bayaran akan diganti dengan Bantuan SARA |
Jumlah bantuan di atas merupakan kadar kelayakan maksimum yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2026.
Amaun pembayaran untuk FASA 1 BELUM DIUMUMKAN dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
TARIKH BAYARAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Tarikh bayaran Fasa 1, 2026 belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]