STR 2026 : FASA 2 SEMAKAN, BAYARAN, JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Menjelang penyaluran fasa kedua, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 terus diperkasakan sebagai bukti keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Program ini merupakan komponen utama di bawah Belanjawan 2026 yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi meringankan beban kos sara hidup, khususnya buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Sejajar dengan usaha penyasaran semula subsidi yang lebih efisien, kerajaan telah menambah baik serta meningkatkan jumlah peruntukan tunai bagi memastikan sokongan kewangan sampai kepada mereka yang memerlukan secara bersasaran. Langkah strategik ini membolehkan isi rumah berpendapatan rendah menerima impak bantuan yang lebih signifikan melalui penyaluran STR Fasa 2 2026.
Secara khususnya, agihan STR 2026 memberi tumpuan kepada kategori berikut:
- Isi Rumah: Pendapatan bulanan di bawah RM2,500.
- Isi Rumah: Pendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM5,000.
- Warga Emas: Individu berstatus bujang/tiada pasangan.
- Individu Bujang: Golongan belia berpendapatan rendah.
Bagi memastikan proses penerimaan dana berjalan lancar, para penerima dinasihatkan untuk melakukan semakan status secara berkala. Segala urusan kemas kini maklumat dan semakan kelayakan boleh dilaksanakan dengan mudah secara dalam talian menerusi Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Melalui portal tersebut, anda hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan untuk mengakses maklumat terperinci mengenai status terkini serta tarikh pengkreditan bagi fasa kedua. Namun, bagi anda yang belum mendaftar atau ingin mengetahui prosedur terkini pendaftaran, timbul persoalan penting:
Bagaimanakah cara memohon STR 2026? Sila ikuti panduan lengkap serta langkah-langkah pendaftaran yang telah kami sediakan di bawah untuk memastikan permohonan anda diproses dengan segera.
BACA JUGA : CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN FASA 2 2026
TARIKH RASMI STR FASA 2 2026
Setakat ini, pengumuman rasmi berhubung tarikh pembayaran STR 2026 Fasa 2 masih belum diterbitkan oleh pihak kerajaan. Kami akan mengemas kini jadual pengkreditan tersebut dengan kadar segera sebaik sahaja pengumuman rasmi dikeluarkan oleh kementerian.
SEMAKAN STR 2026
Panduan lengkap untuk melakukan semakan STR 2026 secara online adalah sebagaimana yang berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2026

- Kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah akan terima bayaran STR: RM700 sehingga RM2,200 setahun (bergantung bilangan anak).
- Kategori Isi Rumah dengan pendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 sebulan akan terima bayaran STR: RM200 sehingga RM950 setahun (bergantung bilangan anak).
- Kategori Warga Emas yang tiada pasangan dan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah akan terima bayaran STR: RM600 setahun.
- Kategori Bujang berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan bawah RM2,500 sebulan tidak menerima bayaran STR, tetapi dibayar melalui SARA.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | Dibayar melalui SARA |
JUMLAH TAMBAHAN BANTUAN STR
Menurut ucapan Belanjawan 2026, kesemua sembilan (9) juta rakyat yang menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
Manakala seramai satu (1) juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersenarai di bawah eKasih akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun.
Selain itu juga, semua 22 juta rakyat dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima bayaran Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekaligus (one-off) yang akan dibayar pada 9 Februari 2025.
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR & EKASIH | PENERIMA STR | SEMUA RAKYAT |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM1,200 | RM100 |
| Warga Emas | RM1,800 | RM600 | RM100 |
| Bujang | RM1,200 | RM600 | RM100 |
KADAR BAYARAN STR FASA 2 2026
Kadar bayaran STR 2026 bagi Fasa 2 yang disalurkan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR 2026 (FASA 2) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : Bakal Diumumkan Secara Rasmi 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : – 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | – |
| Bujang Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | SARA: RM50 sebulan |
*Nota: Kadar bayaran STR 2026 bagi Fasa 2 akan dikemas kini dengan pantas setelah penetapan tarikh dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Untuk kemukakan permohonan STR, pastikan anda menepati syarat kelayakan seperti berikut :
Isi Rumah (STR & SARA) :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak;
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan; atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Bujang (SARA) :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun, manakala OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
CARA PERMOHONAN STR 2026
Bagi yang ingin kemukakan permohonan STR, ikuti panduan lengkap cara mohon seperti berikut:
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan].
- Sekiranya ‘Status Perkahwinan’ berkahwin, sila masukkan [Maklumat anak / tanggungan].
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN STR 2026
Pihak kerajaan akan menyalurkan dana bantuan STR bagi tahun 2026 secara berfasa mengikut jadual bayaran yang berikut:
| PERINGKAT | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Belum Diumumkan |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
*Nota: Pengemaskinian jadual bayaran bagi Fasa 2 dan berikutnya akan dilaksanakan secara pantas selepas pihak kerajaan menerbitkan penetapan rasmi.
KAEDAH BAYARAN STR 2026
Bayaran STR 2026 akan disalurkan melalui dua kaedah berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Adakah Bantuan STR diteruskan lagi pada tahun hadapan?
- Ya, Kerajaan bersetuju akan meneruskan dan menambah peruntukan STR untuk tahun hadapan.
- Bilakah permohonan STR untuk tahun hadapan dibuka?
- Tempoh permohonan STR dibuka sepanjang tahun, sila semak maklumat terkini di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Berapakah peruntukan untuk STR dan SARA bagi tahun 2026?
- Peruntukan untuk penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah sebanyak RM15 billion.
- Berapakah Bantuan SARA yang layak untuk penerima STR yang berdaftar eKasih?
- Bantuan SARA akan dibayar sebanyak RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun.
- Adakah Bantuan STR dibayar secara sekaligus?
- Bayaran Bantuan STR dibayar secara ansuran mengikut fasa.
RUJUKAN LANJUT
Artikel yang kami kongsikan ini adalah berkaitan bantuan STR 2026 yang dirujuk daripada Belanjawan 2026. Sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut, sila hubungi pihak berautoriti di bawah:
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang].
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566.
- e-Mel : [email protected].
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.