SKAS SARAWAK MULA DIBAYAR : SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM400 & RM800)

SKAS SARAWAK MULA DIBAYAR : SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM400 & RM800)

Dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025, Primier Sarawak iaitu Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan peruntukan bantuan kewangan kepada rakyat Sarawak iaitu sebanyak RM450 juta akan disalurkan melalui Program SKAS yang akan memanfaatkan kira-kira seramai 850,000 ribu penerima.

Bagaimanakah semakan SKAS Sarawka mula dibayar? Ikuti penjelasan lebih terperinci di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SKAS SARAWAK : CHECK STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM250 & RM400 & RM800)

APA ITU SKAS SARAWAK

SKAS atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Sarawak terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan adanya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ini, kerajaan Sarawak yakin ia dapat sedikit sebanyak membantu rakyat Sarawak memenuhi barangan keperluan asas harian seperti bahan makanan asas.

BILAKAH SKAS SARAWAK MULA DIBAYAR

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang pertama (1) telah mula dibayar pada tarikh berikut :

JUMLAH PENERIMA BAYARAN
PERTAMA
TARIKH MULA DIBAYAR
886,288 penerima
(Isi Rumah, Bujang & Warga Emas)
18 FEBRUARI 2025, SELASA
*Bagi rakyat Sarawak yang tidak menerima bayaran pada tarikh di atas tetapi memenuhi syarat kelayakan, boleh memohon kerana permohonan baharu akan dibuka sepanjang tahun untuk penerimaan seterusnya.

BERAPAKAH JUMLAH SKAS SARAWAK DIBAYAR

Jumlah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang dibayar kepada setiap kategori adalah berbeza-beza seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAHKATEGORI BUJANGKATEGORI WARGA EMAS
RM800 setiap ketua isi
rumah
RM250 setiap individuRM400 setiap individu
*Nota : Jumlah di atas akan dibayar sekaligus kepada penerima yang layak.

BAGAIMANAKAH SKAS SARAWAK DIBAYAR

Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah menegaskan bahawa Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bukanlah dibayar secara tunai kepada penerima, namun ianya dibayar secara tanpa tunai (cashless) baucar digital melalui aplikasi S Pay Global.

Penerima boleh menggunakan Bantuan SKAS untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya secara tanpa tunai (cashless) dengan hanya menggunakan aplikasi S Pay Global dalam telefon bimbit sahaja.

SIAPA LAYAK MENERIMA BAYARAN SKAS SARAWAK

Pembayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah khas kepada yang memenuhi kelayakan seperti berikut :

  • Kelayakan Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus β€˜K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kelayakan Kategori :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SKAS SARAWAK

Untuk membuat semakan status sebagai penerima bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.

Ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  3. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  4. Tekan butang [Check Eligibility].
  5. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  6. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  7. Klik butang [NEXT].
  8. Kemudian, klik [My Individual Account].
  9. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  11. Klik butang [Search].
  12. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

PANDUAN DAFTAR SARAWAK ID UNTUK SEMAKAN SKAS

Bagi yang belum mempunyai Sarawak ID, ikuti panduan pendaftaran Sarawak ID seperti berikut :

  1. Sila klik pada laman web di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Daftar].
  3. Pilih [Jenis Pengenalan] anda.
  4. Lengkapkan Profil anda.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik [Teruskan].
  7. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP.
  8. Seterusnya, Klik butang [Hantar].
  9. Masukkan OTP dan klik [Hantar].
  10. Sistem mesejVerified akan dipaparkan.
  11. Kemudian, Klik [Teruskan].
  12. Pendaftaran berjaya.
  13. Sila klik [Log Masuk] untuk log masuk ke akaun Sarawak ID anda.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.

2 thoughts on “SKAS SARAWAK MULA DIBAYAR : SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM400 & RM800)”

  1. Berapa jumlah keseluruhan SKAS yang akan diterima oleh penerima yang layak untuk tahun 2025πŸ˜€?

    Berapa kali bayaran akan dibuat pada tahun 2025 iniπŸ˜€?

    Terima kasih,kerajaan Negeri Sarawak.πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    Reply

Leave a Comment