SENARAI BARANGAN SARA 2025 – PANDUAN LENGKAP CARA GUNA & BELI GUNA RM100 ONE OFF!
Bantuan RM100 ONE-OFF boleh digunakan untuk membeli lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori yang diluluskan di bawah Program SARA, di lebih 7,300 premis runcit berdaftar.
Apakah senarai barangan SARA yang boleh dibeli menggunakan RM100 ONE-OFF? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BAYARAN SARA RM100 – SEMAK SEKARANG!
SIAPAKAH LAYAK MENERIMA BARANGAN SARA RM100 ONE OFF
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Individu berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN SARA RM100 ONE OFF
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut :
TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH SAH |
---|---|
Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad) | SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) |
Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SENARAI BARANGAN BOLEH BELI GUNA SARA RM100 ONE-OFF
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
CARA GUNA SARA RM100 ONE-OFF UNTUK BELI BARANGAN KEPERLUAN
Penerima boleh menggunakan kredit SARA RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) BARANGAN SARA RM100 ONE OFF
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100 ONE OFF:
S : Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA RM100 ONE OFF?
J : Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
S : Bilakah tarikh luput kredit SARA RM100 ONE OFF untuk beli barangan keperluan?
J : Kredit SARA SAH digunakan bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
S : Adakah SARA RM100 ONE OFF boleh dikeluarkan secara tunai?
J : Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.
S : Di manakah lokasi kedai atau premis runcit yang membolehkan pembelian barangan di bawah Program SARA?
J : Barangan Keperluan Asas boleh dibelanjakan di 7,300 premis runcit berdaftar.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf