SENARAI BARANGAN MYKASIH 100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SENARAI BARANGAN MYKASIH 100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

Kategori barangan keperluan asas di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih telah diperluas, bagi membolehkan penerima mempunyai akses kepada pelbagai pilihan barangan bagi memenuhi keperluan harian.

Apakah senarai barangan mykasih 100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN DALAM MYKAD 2100 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SIAPAKAH LAYAK BARANGAN MYKASIH 100

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

JUMLAH BULANAN MYKASIH

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

KEGUNAAN BARANGAN MYKASIH 100

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat membantu memenuhi keperluan harian serta meringankan beban kos sara hidup penerima.

Kredit akan disalurkan secara bulanan melalui Mykad penerima sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 untuk penerima membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih atau SARA di pasar raya berdaftar tanpa mengggunakan wang tunai.

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan (diperkenalkan Mei 2025)

PANDUAN LENGKAP CARA GUNA MYKAD UNTUK BARANGAN MYKASIH

Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment