SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA BELI GUNA MYKAD
Dengan hanya menggunakan kad pengenalan (MyKad), setiap penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih setiap bulan secara percuma tanpa tunai (cashless) di mana-mana 1,200 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cara beli barangan Bantuan MyKasih guna MyKad? Ikuti panduan dan semak senarai di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan senarai barangan Bantuan MyKasih yang diluluskan untuk pembelian dengan guna MyKad :
BIL. | KATEGORI BARANGAN | JENAMA-JENAMA YANG LULUS |
---|---|---|
1. | Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
2. | Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White. |
3. | Telur | Nutriplus / QL eggs / CP. |
4. | Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit. |
5. | Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey. |
6. | Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng. |
7. | Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap. |
8. | Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf. |
9. | Makanan Dalam Tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup. |
10. | Bahan Perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta. |
11. | Produk Kebersihan | Colgate / Dettol / Kotex. |
12. | Ubat-ubatan | Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam. |
13. | Barang Sekolah | Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler. |

PANDUAN LENGKAP CARA BELI GUNA MYKAD UNTUK BELI BARANGAN BANTUAN MYKASIH
Ikuti panduan lengkap cara beli barang Bantuan MyKasih dengan guna MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih Bantuan MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
HAD PEMBELIAN BARANGAN BANTUAN MYKASIH GUNA MYKAD
Kerajaan telah menetapkan had pembelian barangan Bantuan MyKasih bagi setiap penerima seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | HAD MINIMUM SETIAP BULAN | HAD MAKSIMUM SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/RM200 setiap bulan | RM2,100 setahun |
Warga Emas | RM100/RM150 setiap bulan | RM1,650 setahun |
Bujang | RM50 setiap bulan | RM600 setahun |
- Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | HAD MINIMUM SETIAP BULAN | HAD MAKSIMUM SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan | RM900 setahun |
Warga Emas | RM50 setiap bulan | RM450 setahun |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.