SENARAI BANTUAN B40 2026 : SILA SEMAK KELAYAKAN ANDA LAYAK ATAUPUN TIDAK, SEKIRANYA LAYAK RUJUK CARA MOHON DI SINI (PANDUAN LENGKAP)
Kos sara hidup kini semakin meningkat dan pastinya golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 akan merasa tekanan hidup. Oleh itu, bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan memperuntukan sehingga RM15 billion untuk disalurkan melalui Bantuan B40.
Apakah senarai Bantuan B40 dan bagaimanakah cara memohon? Rujuk senarai, semak kelayakan dan ikuti cara mohon yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS DUIT BANTUAN SARA RAHMAH
SENARAI BANTUAN B40 2026
Golongan B40 akan menerima dua (2) jenis Bantuan B40 yang disediakan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
JUMLAH BANTUAN B40 2026
Jumlah bayaran Bantuan B40 (STR dan M40) adalah tertakluk kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| JENIS BANTUAN | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Bantuan STR | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 5 anak : RM950 |
| Bantuan SARA | RM1,200 (Penerima Biasa) dan RM2,400 (Penerima Miskin) | RM1,200 (Penerima Biasa) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| JENIS BANTUAN | WARGA EMAS |
|---|---|
| Bantuan STR | RM600 |
| Bantuan SARA | RM600 (Penerima Biasa) dan RM1,800 (Penerima Miskin) |
- KATEGORI BUJANG :
| JENIS BANTUAN | BUJANG B40 |
|---|---|
| Bantuan STR | RM0 |
| Bantuan SARA | RM600 (Penerima Biasa) dan RM1,200 (Penerima Miskin) |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN B40 2026
Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan B40 (STR dan SARA) ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Kelayakan Penerima Bantuan STR :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur :
- Isi Rumah : tiada had umur.
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas.
- Bujang : 21 – 59 tahun.
- Status Perkahwinan :
- Berkahwin / ibubapa tunggal ada anak (Isi Rumah).
- Tiada pasangan / balu (Warga Emas).
- Bujang / balu / duda / janda tiada anak (Bujang)
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000;
- Kelayakan Penerima Bantuan SARA :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima Bantuan STR;
- Berdaftar e-Kasih bagi penerima STR yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) semasa.
CARA MOHON BANTUAN B40 2026
Untuk menerima bayaran Bantuan B40 (STR dan SARA), permohonan hanya perlu dikemukakan di Portal STR seperti berikut :
- Layari pautan Portal STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Terus klik pada butang [Permohonan Baharu] tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN B40 2026
Untuk mengetahui status kelayakan permohonan Bantuan B40 (STR dan SARA), ikuti cara semakan seperti berikut :
- Pada Portal STR 2026 yang sama, klik pada butang [Log Masuk].
- Isikan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Nama anda akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika ianya betul, klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] yang telah diciptakan semasa permohonan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Papan Pemuka / Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH AGIHAN BANTUAN B40 2026
Setiap penerima yang layak akan terima agihan Bantuan B40 (STR dan SARA) melalui kaedah berikut :
| JENIS BANTUAN | KAEDAH AGIHAN BANTUAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Diagihkan secara ansur selama empat (4) fasa melalui bayaran tunai ke dalam akaun bank penerima / secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
| Bantuan SARA | Diagihkan secara ansur setiap bulan melalui pengkreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan / MyKad penerima |
JADUAL AGIHAN BANTUAN B40 2026
Jadual di bawah adalah tarikh jangkaan bayaran Bantuan B40 (STR dan SARA) untuk tahun 2026 :
| TARIKH AGIHAN BANTUAN STR | TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA |
|---|---|
| Fasa 1 : Januari 2026 Fasa 2 : Mac 2026 Fasa 3 : Ogos 2026 Fasa 4 : Oktober 2026 | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
INFO LANJUT
Berdasarkan informasi di atas, pihak kami hanya berkongsikan informasi berkaitan Bantuan B40 yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk berkongsi maklumat supaya dapat memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Untuk sebarang masalah atau info lebih lanjut, sila rujuk pihak Kerajaan seperti di talian berikut :
- Talian MOF (STR & SARA) : 03-8882 4565 / 4566
- Talian STR : 1800 88 2747
- Talian SARA : 03 7720 1800