SEMAKAN UPU 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT untuk pengajian ke peringkat Diploma dan Sijil bagi sesi akademik 2025 / 2026 telah dipelawa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak.
Bagaimanakah semakan UPU? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN ONLINE STATUS EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KELAYAKAN UPU 2025
Berikut merupakan penyebab berjaya tawaran UPU dan gagal tawaran UPU :
- Sebab Berjaya Tawaran UPU :
- Borang permohonan BERJAYA diterima UPUOnline;
- MEMENUHI syarat am dan khas program pengajian;
- ADA kekosongan tempat;
- BERJAYA dalam saringan temu duga / ujian;
- Kedudukan merit TINGGI.
- Sebab Gagal Tawaran UPU :
- TIDAK tekan butang SIMPAN;
- TIDAK memenuhi syarat am dan / atau khas program pengajian
- TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif;
- GAGAL dalam saringan temu duga / ujian;
- Kedudukan merit RENDAH.
TARIKH SEMAKAN UPU 2025
Laman rasmi JPT UPU dan aplikasi UPUPocket telah dibuka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menyemak keputusan UPU bagi kemasukan sesi akademik 2025. Semakan boleh dilakukan pada tarikh berikut :
- Bermula 12:00 tengah hari pada 16 Jun 2025, Isnin sehingga 5:00 petang pada 25 Jun 2025, Rabu.
SEMAKAN UPU 2025
Cara Semakan UPU di Laman JPT :
- Pilih salah satu (1) pautan Laman JPT semakan di bawah :
- UTM : https://jpt.utm.my/
- UUM : https://jpt.uum.edu.my/
- UNIMAS : https://jpt.unimas.my/
- UMS : https://jpt.ums.edu.my/
- UMT : https://jpt.umt.edu.my/
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
- Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
- Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semakan UPU di Aplikasi UPUPocket :
- Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Log Masuk menggunakan ID pelajar yang didaftarkan.
- Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
- Selesai.
KEPUTUSAN TAWARAN UPU 2025
Ibubapa / pelajar dinasihatkan untuk mengesahkan penerimaan tawaran ‘Setuju Terima Tawaran’ sekiranya ditawarkan kemasukan sesi akademik 2025. Sekiranya, tidak disahkan, pelajar akan dianggap menolak tawaran.
PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025
Hanya pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan ini : https://upu.mohe.gov.my.
Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, pelajar perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi tersebut tanpa perlu melalui UPUOnline.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian UPU : 03-8684 2363
- e-Mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.
Its growth could be the backbone of a peaceful socio-evolutionary blueprint backed by emergent AI collectives.