SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH
Bagi tahun 2026, Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan melibatkan peruntukan sehingga sebanyak RM15 billion bagi membantu menampung kos perbelajaan keperluan asas rakyat khususnya yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
MEDIUM BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Untuk tahun 2026, Kerajaan akan menyediakan dua (2) medium bayaran Bantuan Sumbanga Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang layak seperti berikut :
- Setiap Bulan :
- Pembayaran setiap bulan dikreditkan melalui Kad Pengenalan (IC) penerima : 9 juta rakyat yang merupakan B40 dan M40 (Lulus STR).
 
- Sekaligus (One-off) :
- Pembayaran sekaligus (one-off) dikreditkan melalui Kad Pengenalan (IC) penerima : 22 juta rakyat dewasa Malaysia tanpa mengira pendapatan (termasuk 9 juta penerima B40 & M40).
 
Dengan menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan (IC), penerima boleh membuat pembelian seperti berikut :
- Kunjungi kedai / pasaraya terpilih MyKasih.
- Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli (mempunyai label MyKasih).
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas barang yang terpilih & sahkan bayaran guna MyKad.
- Resit pembelian akan diberikan.
KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 akan disalurkan dengan kadar sebanyak berikut :
- Kadar Bayaran Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA B40 | PENERIMA M40 | 
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | 
| Warga Emas | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun | 
| Bujang | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun | 
- Kadar Bayaran Sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | SEMUA RAKYAT (B40, M40 & T20) | 
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sekaligus | 
| Warga Emas | RM100 sekaligus | 
| Bujang | RM100 sekaligus | 
TARIKH & TEMPOH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula disalurkan pada bulan Januari dan sehingga Disember seperti jadual di bawah :
| MEDIUM PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN | TEMPOH PENGGUNAAN | 
|---|---|---|
| Setiap bulan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 | 12 bulan (31 Disember 2026) | 
| Sekaligus | Februari 2026 | 11 bulan (31 Disember 2026) | 
SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Sila layari pautan (link) Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan :
| PORTAL RASMI | PAUTAN (LINK) | 
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.sara.gov.my/ | 
- Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
 
- Tunggu pengesahan : ✅ Success!.
- Kemudian, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG SUMBANGAN ASAS RAHMAH YANG BOLEH DIBELI 2026
Antara barang-barang keperluan asa yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :
- Beras.
- Mi Segera.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Adakah perlu kemukakan permohonan untuk terima Bantuan SARA?
- Bantuan SARA akan diberikan secara automatik kepada yang berjaya lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
 
- Apakah syarat kelayakan utama penerima Bantuan SARA 2026?
- Antara syarat kelayakan utama penerima Bantuan SARA adalah Warganegara Malaysia serta berstatus ‘Lulus’ Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
 
- Bolehkah Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad pengenalan dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh, penerima hanya boleh membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai sahaja.
 
- Adakah Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan boleh digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam seperti LRT dan MRT?
- Tida boleh, ianya khas untuk pembelian barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, alatan persekolahan dan sebagainya.
 
- Bagaimanakah sekiranya Bantuan SARA tidak habis digunakan pada bulan Januari?
- Baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bantuan semasa.
 
INFO LANJUT
Setiap info yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk dari sumber yang sahih iaitu Portal SARA dan dikongsikan untuk memudahkan capaian dan kefahaman penerima. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
