SEMAKAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Mungkin dengan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja tidak mencukupi untuk rakyat menampung kos sara hidup. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan bayaran Bantuan Tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya dapat menampung keperluan asas sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara semakan STR Tambahan 2026? Ikuti panduan dan info yang lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN STR : (BANTUAN 2026) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
CARA BAYARAN STR TAMBAHAN
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar secara tunai melalui akaun bank penerima dan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa dalam setahun.
Namun, Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) dibayar dengan cara berbeza iaitu secara tanpa tunai pada setiap bulan selama 12 bulan bermula Januari hingga Disember melalui Kad Pengenalan penerima.
JUMLAH STR TAMBAHAN 2026
Setiap kategori pula akan menerima jumlah bayaran Bantuan STR Tambahan dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah STR Daftar eKasih | RM2,400 setahun |
| Isi Rumah STR Asas | RM1,200 setahun |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Warga Emas STR Daftar eKasih | RM1,800 setahun |
| Warga Emas STR Asas | RM600 setahun |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang STR Daftar eKasih | RM1,200 setahun |
| Bujang STR Asas | RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN
Berikut merupakan jadual bayaran bagi Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) bagi tahun 2026 :
| JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Fasa 1 : Februari 2026 Fasa 2 : April 2026 Fasa 3 : Ogos 2026 Fasa 4 : Oktober 2026 |
| Bantuan STR Tambahan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
SEMAKAN STR TAMBAHAN 2026
Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :
- Portal MySTR Rasmi 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/; dan
- Portal MyKasih Rasmi : https://mykasih.com.my/.
Ikuti cara semakan di Portal MySTR 2026 seperti berikut :
- Layari pautan portal MySTR rasmi 2026 di atas.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
- Sila klik butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan dengan tepat.
- Seterusnya klik butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semak status, klik butang [Semakan Kelayakan].
- Status kelayakan penerima STR dan tambahan -SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
Atau untuk lebih mudah, pemohon boleh membuat semakan di Portal MyKasih seperti berikut :
- Layari pautan Portal MyKasih yang rasmi di atas.
- Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pemohon.
- Tunggu pengesahan verifikasi.
- Kemudian, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada sumber yang sahih dalam Portal MySTR dan MyKasih. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]