SEMAKAN STR FASA 4 LOGIN : CARA LOG MASUK PORTAL MYSTR 2025 UNTUK SEMAK BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dijadualkan akan disalurkan dalam masa terdekat bagi membantu golongan memerlukan dalam membuat persiapan sambutan perayaan Deepavali.
Bagaimanakah login dan semakan str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: LOG MASUK STR 2025 : FASA 4 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
LOGIN & SEMAKAN STR FASA 4
Langkah-langkah log masuk Portal untuk semakan status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’, seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
AMAUN BAYARAN STR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
JADUAL BAYARAN STR MENGIKUT BANK
Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :
JENIS BANK | WAKTU MASUK BAYARAN |
---|---|
Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
Bank Islam | Selepas 8 malam |
Affin Bank | Selepas 8 malam |
Ambank | Selepas 8 malam |
Maybank | Selepas 9 malam |
Cimb Bank | Selepas 9 malam |
RHB Bank | Selepas 9 malam |
Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
Catatan : Kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
CARA PEMBAYARAN STR FASA 4
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KEADAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Adakah Fasa 4 merupakan bayaran terakhir STR 2025?
- Ya. Fasa 4 merupakan bayaran terakhir STR bagi tahun 2025.
- Bagaimanakah cara semakan bayaran STR 2025?
- Semakan bayaran boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi MySTR 2025.
- Apa perlu dilakukan jika status semakan menunjukkan ‘Gagal Kredit’.
- Anda boleh tuntut bayaran secara tunai di cawangan BSN berdekatan.
- Adakah penerima sedia ada STR perlu daftar semula STR 2026?
- Permohonan baharu tidak diperlukan. Namun, pendaftaran semula akaun untuk Portal MySTR diperlukan untuk mengakses Portal bagi tujuan kemas kini dan semakan.
- Adakah jumlah bayaran STR sama untuk semua kategori?
- Tidak. Setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]