SEMAKAN STR BUJANG 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Terkini! Dalam pembentangan belanjawan 2026, telah dimaklumkan STR Kategori Bujang akan digantikan dengan pemberian SARA secara bulanan melalui MyKad untuk pembelian barangan asas.
Bagaimanakah semakan str bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kelayakan Bantuan STR Bujang mestilah terdiri daripada :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN STR BUJANG 2026
Kelayakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
---|---|---|
– | RM600 (RM50 setiap bulan) | RM600 |
Catatan : STR Kategori Bujang akan digantikan dengan pemberian SARA 2026
SEMAKAN STR BUJANG 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
LOGIN PORTAL
Panduan lengkap cara login portal MySTR untuk semakan status kelayakan, bayaran, kemas kini maklumat seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Adakah bujang masih menerima STR 2026?
- Tidak. Tetapi STR Kategori bujang digantikan dengan SARA sebanyak RM600 setahun.
- Bagaimana jika penerima berstatus berkahwin pada tahun 2026?
- Penerima perlu membuat kemas kini status perkahwinan daripada kategori bujang kepada isi rumah, untuk menerima STR 2026 Kategori Isi Rumah.
- Adakah perlu mohon STR 2026 jika telah menerima STR 2025?
- Tidak. Kelayakan secara automatik jika anda penerima STR 2025. Namun, jika terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi, kemas kini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Bagaimanakah jika semakan status menunjukkan ‘Tidak Layak’?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan, anda boleh membuat rayuan atau kemas kini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan.
- Bagaimanakah kaedah bayaran SARA 2026?
- Kredit SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan yang diluluskan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]