SEMAKAN STR 2026 ONLINE : SEMAK STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BARU
Setelah membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemohon boleh membuat semakan di Portal Rasmi MySTR untuk mengetahui status kelayakan bantuan sama ada layak atau sebaliknya.
Bagaimanakah semakan str 2026 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SKAS 2026 : SYARAT KELAYAKAN, SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN PEMOHON BARU
PORTAL RASMI STR 2026 ONLINE
Fungsi utama Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (STR) adalah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Status Permohonan;
- Semakan Status Pembayaran;
- Permohonan Baharu;
- Kemaskini Maklumat;
SEMAKAN STR 2026 ONLINE
Semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | Bantuan diganti dengan SARA |
Jumlah pembayaran bagi setiap Fasa belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SEMAKAN KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026
Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]