SEMAKAN STR 2026 FASA 1 : BAYARAN DUIT BANTUAN AKAN DIKREDIT MASUK DALAM AKAUN PEMOHON YANG LAYAK MENGIKUT KATEGORI

SEMAKAN STR 2026 FASA 1 : BAYARAN DUIT BANTUAN AKAN DIKREDIT MASUK DALAM AKAUN PEMOHON YANG LAYAK MENGIKUT KATEGORI

Sebahagian dari 5 juta pemohon yang disahkan layak terima mula menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang dikredit masuk dalam akaun secara berperingkat mengikut kategori dan kelayakan pemohon.

Bagaimanakah semakan bayaran STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSTR 2026 : FASA 1 2026 SEMAKAN

CARA PENERIMAAN STR 2026 FASA 1

Penerimaan bayaran Bantuan STR Fasa 1 bukan sahaja dikredit masuk dalam akaun pemohon, namun ia juga dibayar secara tunai kepada penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankBayaran dikredit masuk ke dalam
akaun bank penerima / akaun
bank pasangan secara berperingkat
melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Bayaran diberikan secara tunai
melalui kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN)
yang terdekat dengan penerima

TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 1

Kerajaan telah mula mengkredit masuk Bantuan STR Fasa 1 kepada penerima bermula pada tarikh seperti berikut :

CARA PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Pengkreditan dalam akaun
bank penerima
Bermula :
20 Januari 2026, Selasa
dan berperingkat
Bayaran tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
20 Januari 2026, Selasa
atau bila-bila masa
pada waktu Bank Simpanan
Nasional (BSN) beroperasi

JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 1

Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan STR Fasa 1 dengan jumlah yang berbeza-beza bermula RM100 hingga RM500 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40RM200 hingga RM500
(tertakluk jumlah anak)
Isi Rumah M40RM100 hingga RM200
(tertakluk jumlah anak)
Warga EmasRM150

SEMAKAN BAYARAN STR 2026 FASA 1

Setiap pemohon boleh menyemak status bayaran Bantuan STR Fasa 1 sama ada telah dikredit masuk dalam akaun atau belum. Ikuti cara semakan bayaran seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
    • Dalam Proses Kredit; atau
    • Telah Dikreditkan; atau
    • Gagal Kredit.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), para pembaca boleh dapatkan daripada pihak berwajib melalui platform berikut :

PENAFIAN

Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk berdasarkan sumber rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment