SEMAKAN STATUS STR ONLINE (FASA 4 2025 BANTUAN)
Status kelayakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh disemak dengan mudah secara online melalui Portal Rasmi STR untuk mengetahui status kelayakan penerima sama ada layak atau tidak.
Bagaimanakah semakan status str online? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: PORTAL LOGIN STR : FASA 4 2025 SEMAKAN STATUS
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
SEMAKAN STATUS STR MENGIKUT FASA
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 4 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis bank penerima |
PORTAL SEMAKAN STATUS STR
Status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut :
PORTAL RASMI STR | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAKAN STATUS STR ONLINE
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
- ‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
CARA PENYALURAN BAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Adakah semua kategori layak menerima STR Fasa 4?
- Ya. Semua kategori termasuk Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan layak menerima STR Fasa 4 dengan kadar bayaran diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
- Bila boleh semak status STR secara online?
- Status kelayakan boleh disemak pada bila-bila masa sahaja setelah pembayaran STR mula dikreditkan kepada penerima.
- Bagaimana jika terlupa kata laluan MySTR?
- Anda boleh reset semula kata laluan dan masukkan kata laluan yang baharu.
- Apakah kaedah pembayaran selain akaun bank?
- Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh tuntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
- Adakah boleh membuat rayuan jika status menunjukkan tidak lulus?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh membuat rayuan melalui portal rasmi STR dalam tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]