SEMAKAN STATUS STR BUJANG 2025 : (FASA 3) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS STR BUJANG 2025 : (FASA 3) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori bujang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh bayaran yang ditetapkan, dan disalurkan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan mengikut kadar bantuan yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak str bujang 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SARA MYKASIH SENARAI BARANG 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SEMAKAN SYARAT PENERIMA STR BUJANG 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR Bujang 2025 adalah seperti berikut:

  • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Berumur 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK STR BUJANG 2025 SECARA ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

JUMLAH KELAYAKAN STR BUJANG 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN
BujangRM 600

Bayaran akan disalurkan kepada penerima secara berfasa (empat fasa bayaran) sebanyak RM150 bagi setiap fasa.

SEMAKAN TARIKH MASUK DUIT STR BUJANG 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
FASA 122 Januari 2025
FASA 124 Mac 2025
FASA 3 & 4Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

CARA MASUK DUIT STR

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment