SEMAKAN STATUS SARA RAHMAH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Sara Rahmah atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan melalui Kad Pengenalan (MyKad) sebagai penghargaan kepada rakyat dewasa Malaysia dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.
Bagaimanakah semakan status Sara Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA LOGIN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
JUMLAH BANTUAN SARA RAHMAH
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sara Rahmah One-off kepada setiap kategori :
- ISI RUMAH :
- RM100 (Suami);
- RM100 (Isteri).
- WARGA EMAS :
- RM100 (setiap seorang).
- BUJANG :
- RM100 (setiap seorang).
TARIKH BAYARAN SARA RAHMAH
Pembayaran Bantuan Sara Rahmah dilaksanakan pada tarikh berikut :
- Pada 31 Ogos 2025, Ahad (Bersamaan Hari Kebangsaan).
KEGUNAAN BANTUAN SARA RAHMAH
Bantuan Sara Rahmah dikreditkan dalam MyKad khas digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
SEMAKAN STATUS SARA RAHMAH
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Sara Rahmah One-Off seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RAHMAH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan Bantuan Sara Rahmah :
J : Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.
J : Terdapat lebih 7,300 kedai dan pasaraya yang menerima penggunaan Bantuan Sara Rahmah.
J : Ya. Baki Bantuan Sara Rahmah yang ada dalam MyKad akan di bawa ke bulan seterusnya.
J : Sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) sahaja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.