SEMAKAN STATUS PENGHARGAAN SARA : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK RM100 ONE OFF
Seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia kini boleh membuat semakan status kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 di Portal Rasmi SARA, yang akan dikreditkan terus ke MyKad penerima pada sambutan Hari Kebangsaan.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak penghargaan sara rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA GUNA SARA RM100 : PANDUAN LENGKAP CARA BELI & SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH
PENGENALAN SEMAKAN PENGHARGAAN SARA
Penghargaan SARA merupakan bantuan tunai RM100 ONE-OFF yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, dalam Ucapan Penghargaan untuk Rakyat, kepada semua rakyat dewasa Malaysia.
Bantuan ini akan diberikan kepada semua rakyat dewasa Malaysia, dan akan dikreditkan terus ke MyKad penerima untuk dibelanjakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PENGHARGAAN SARA
Kelayakan penerima penghargaan SARA 2025adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Individu berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
MANFAAT PENGHARGAAN SARA
Setiap Individu berusia 18 tahun ke atas, yang merupakan warganegara Malaysia bakal menerima RM100 yang disalurkan terus ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, TANPA sebarang permohonan diperlukan.
Bantuan RM100 tersebut boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti :
- Beras;
- Bahan Perasa;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mee segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin;
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Keperluan Sekolah; dan
- Produk Kebersihan Rumah;
SEMAKAN TARIKH PELAKSANAAN PENGHARGAAN SARA
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut :
TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH SAH |
---|---|
Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad) | SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) |
Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGHARGAAN SARA 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf