SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2026 (RM1200 & RM2400)
Inisiatif bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui IC membolehkan penerima bantuan dalam bentuk barang asas untuk memenuhi keperluan harian.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan dalam ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 200 MYKAD 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN DALAM IC
PENGENALAN BANTUAN DALAM IC 2026
Bantuan dalam IC ialah bantuan tanpa tunai melalui bantuan barangan asas di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memenuhi keperluan asas harian penerima.
Bantuan dalam IC dilaksanakan seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Fungsi : Sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR;
- Kelayakan : Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus eKasih dan bukan eKasih (kelayakan adalah secara automatik);
- Cara Memohon : Tiada permohonan diperlukan, hanya perlu lulus STR dan berdaftar eKasih Sahaja.
- Tempoh Bantuan : Setiap Bulan (Bermula Januari sehingga Disember 2026);
- Kaedah Bayaran : Secara tanpa tunai melalui IC (Kad Pengenalan) penerima;
- Manfaat : Boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JADUAL PROGRAM BANTUAN DALAM IC
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam IC penerima setiap bulan seperti berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| Januari 2026 | Disember 2026 |
Info : Tarikh rasmi program belum diumumkan dan akan dikemaskini dari ke semasa.
AMAUN BANTUAN DALAM IC 2026
Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- SARA EKASIH (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM1,200 |
- SARA STR (STR SAHAJA
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan | RM600 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]