SEMAKAN STATUS MYSARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Program MySARA 2025 (Sumbangan Asas Rahmah) diteruskan oleh kerajaan sebagai salah satu inisiatif bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 yang layak. Bantuan ini diberikan dalam bentuk tanpa tunai namun boleh beli barangan asas untuk meringankan beban sara hidup rakyat.
Panduan lengkap cara semakan status MySARA dan maklumat lanjut boleh dirujuk di bawah.
BACA JUGA : CHECK MYKASIH (ONLINE)

APA ITU MYSARA?
MySARA adalah skim bantuan tanpa tunai di bawah Kerajaan MADANI yang diberikan secara bulanan dan one-off bergantung kepada kategori penerima. Bantuan ini bertujuan membantu isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sebahagian M40 dalam menampung kos sara hidup harian.
TARIKH & JADUAL BAYARAN MYSARA 2025
Penerima-penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan MySARA pada tarikh yang dijadualkan oleh Kerajaan. Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MySARA yang telah dijadualkan sepanjang tahun 2025 :
KATEGORI & KELAYAKAN | BAYARAN 15 JANUARI 2025 – 1 MAC 2025 | BAYARAN 1 APRIL 2025 – 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
Isi Rumah M40 | – | RM100 sebulan |
Warga Emas B40 | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
Warga Emas M40 | – | RM50 sebulan |
Bujang B40 | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
SEMAKAN SIAPA LAYAK MYSARA 2025?
Bantuan MySARA hanya diberikan kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja. Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis PGK (B40) atau tidak melebihi RM5,000 sebulan (M40);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori :
- Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS MYSARA 2025
Bagi memudahkan rakyat menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan MySARA, Kerajaan menyediakan dua (2) cara semakan status MySARA iaitu melalui Portal Rasmi dan Aplikasi Rasmi seperti berikut :
Cara Semakan Status MySARA Di Portal Rasmi :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semakan Status MySARA Di Aplikasi Rasmi :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan MySARA :
- Bagaimanakah cara terima bayaran MySARA?
- Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran MySARA melalui Kad Pengenalan Diri.
- Apakah kegunaan Bantuan MySARA dalam Kad Pengenalan?
- Boleh digunakan sebagai kad untuk membayar barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
- Adakah Bantuan MySARA yang ada dalam Kad Pengenalan digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam?
- Tidak boleh, ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas yang diluluskan sahaja.
- Adakah MySARA ini sama dengan STR?
- Tidak. MySARA adalah bantuan asas sara hidup tambahan, manakala STR adalah sumbangan tunai utama.
- Bagaimanakah cara mohon Bantuan MySARA?
- Tiada permohonan diperlukan kerana Bantuan MySARA diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat berkaitan Bantuan MySARA di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA MyKasih. Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan MySARA, sila rujuk pihak SARA MyKasih seperti berikut :
- Talian MySARA: 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]