SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026 : BAYARAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG LAYAK
Kerajaan MADANI telah mula melaksanakan penyaluran bayaran Bantuan MyKasih SARA kepada penerima-penerima yang layak dan tempoh penyaluran adalah selama setahun (2026) melalui pengkreditan yang sama setiap bulan dan juga sekaligus.
Bagaimanakah semakan status MyKasih SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2025 : KADAR DIVIDEN TELAH DIMASUKAN DALAM AKAUN
CARA BAYARAN MYKASIH SARA 2026
Pembayaran Bantuan MyKasih SARA dilaksanakan melalui dua (2) cara berikut :
| JENIS AGIHAN | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Secara Bulanan | Dibayar setiap bulan melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam akaun Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas |
| Secara Sekaligus (one-off) | Dibayar sekali sahaja melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam akaun Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas |
BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026
Rakyat Malaysia yang merupakan golongan dewasa yang terpilih menerima bayaran Bantuan MyKasih SARA secara bulanan dan sekaligus (one-off) adalah seramai berikut :
| JENIS AGIHAN | BILANGAN PENERIMA |
|---|---|
| Secara Bulanan | 8.1 juta penerima (B40 dan M40) |
| Secara Sekaligus (one-off) | 22 juta penerima (B40, M40 dan T20) |
JUMLAH BAYARAN MYKASIH SARA 2026
Jumlah bayaran Bantuan MyKasih SARA secara bulanan dan sekaligus (one-off) adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Kadar Jumlah Bayaran Secara Bulanan :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah (B40 + eKasih) | RM200 sebulan |
| Isi Rumah (B40 & M40) | RM100 sebulan |
| Warga Emas (B40 + eKasih) | RM150 sebulan |
| Warga Emas (B40 & M40) | RM50 sebulan |
| Bujang (B40 + eKasih) | RM100 sebulan |
| Bujang (B40) | RM50 sebulan |
- Kadar Jumlah Bayaran Secara Sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Semua Isi Rumah | RM100 sekaligus |
| Semua Warga Emas | RM100 sekaligus |
| Semua Bujang | RM100 sekaligus |
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2026
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan MyKasih SARA kepada penerima secara bulanan dan sekaligus pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN SECARA BULANAN | TARIKH BAYARAN SECARA SEKALIGUS |
|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 9 Februari 2026 |
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026
Rujuk panduan semakan status penerima Bantuan SARA Bulanan dan SARA Sekaligus (One-Off) di Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :
| PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH |
|---|
| https://mykasih.com.my/ |
- Pergi ke Portal Rasmi MyKasih dengan klik pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tandakan pada [ ] verify you are human.
- Tunggu pengesahan anda disahkan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan dan SARA One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800
- (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat dalam artikel ini, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci dalam artikel ini adalah ditulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Pihak kami sama sekali tidak meminta sebarang maklumat peribadi pengguna dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan dalam artikel ini.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi dan panduan terkini berkaitan bantuan-bantuan supaya pengguna dapat info terbaru dengan mudah dan selamat.
Artikel ini dirujuk daripada sumber yang sahih di : https://www.sara.gov.my/.