SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE : (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Terkini! Bantuan secara bulanan MyKasih bagi pembelian barangan keperluan asas harian telah mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Individu yang layak kini boleh menyemak status kemasukan bayaran untuk membuat pembelian secara tanpa tunai di pasaraya berdekatan.
Bagaimanakah semakan status mykasih online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: EKASIH SARA SEMAKAN KELAYAKAN : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
SEMAKAN SYARAT LULUS STATUS MYKASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA; ATAU
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal SARA:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
|---|---|---|
| Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 200 sebulan (*April – Disember) |
| Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 1,650 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 150 sebulan (*April – Disember) |
| Bujang (Setiap Individu) | RM 600 | RM50 sebulan (*Januari – Mac) RM 50 sebulan (*April – Disember) |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
|---|---|---|
| Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 | RM 100 sebulan (*April – Disember) |
| Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 450 | RM50 sebulan (*April – Disember) |
| Bujang (Setiap Individu) | – | – |
JADUAL PEMBAYARAN MYKASIH
Jadual Pengagihan bantuan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2025 (Rabu) |
| Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 |
KAEDAH PENGKREDITAN
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
|---|---|
| Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SEMAKAN SENARAI BARANG MYKASIH ONLINE
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas MyKasih:
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Detol / Colgate / Kotex
- Ubat-ubatan : Panadol / Difflam / Sterimar / Prospan / Hurix’s
- Barangan persekolahan : Stabilo / Faber-Castell / Bata / Staedtler
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH DI PASARAYA
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Semakan kelayakan
Abdul Kadir bin Said