SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD (RM200 & RM100 & RM50)

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD (RM200 & RM100 & RM50)

Rakyat dewasa Malaysia direkodkan seramai 5.4 juta layak menerima MyKasih Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara tanpa tunai setiap bulan dalam MyKad (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kesihatan dan barangan sekolah di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimanakah semakan status MyKasih Bantuan Dalam MyKad penerima? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP TERKINI : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK KELUAR DUIT AKAUN 1 & 2 & 3

STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima MyKasih, iaitu :

  • Kelayakan Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Kelayakan Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR AMAUN MYKASIH BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Kadar amaun yang dikreditkan MyKasih Bantuan Dalam MyKad adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :

PENERIMA MYKASIH
BERSTATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA MYKASIH
BERSTATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Isi Rumah : RM100/RM200 sebulan
(RM2,100 setahun)
Isi Rumah : RM100 sebulan
(RM900 setahun)
Warga Emas : RM100/RM150 sebulan
(RM1,650 setahun)
Warga Emas : RM50 sebulan
(RM450 setahun)
Bujang : RM50 sebulan
(RM600 setahun)
Bujang : Tiada

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

Status kelayakan penerima MyKasih Bantuan Dalam MyKad boleh disemak melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Melalui Aplikasi MyKasih.

Ikuti kedua-dua panduan berikut :

  • Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Panduan Semakan Status Di Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

JADUAL KREDIT MYKASIH BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Setelah penerima disahkan layak, MyKasih Bantuan Dalam MyKad bakal dikreditkan mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN PENERIMASESI SATU (1)
15 JANUARI 2025
HINGGA
1 MAC 2025
SESI DUA (2)
1 APRIL 2025
HINGGA
1 DISEMBER 2025
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar)RM100 / sebulanRM200 / sebulan
Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar)RM100 / sebulanRM150 / sebulan
Bujang (Miskin & Miskin Tegar)RM50 / sebulanRM50 / sebulan
Isi Rumah (Asas Bukan Miskin)RM100 / sebulan
Warga Emas (Asas Bukan Miskin)RM50 / sebulan
*Nota : Pengkredit MyKasih Bantuan Dalam MyKad adalah pada setiap 1 hari bulan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD (RM200 & RM100 & RM50)”

Leave a Comment