SEMAKAN STATUS MY SARA : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN 2026
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk tahun 2026, disertakan dengan pelaksanaan one-off sebagai bantuan tambahan kepada semua rakyat Malaysia sempena sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semakan status my sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN KASIH JOHOR : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN FASA 3 2026
SYARAT KELAYAKAN MY SARA 2026
Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH (BULANAN) | Warganegara Malaysia; Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH (BULANAN) | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang |
| SARA ONE OFF (SEKALI BAYARAN) | Semua Warganegara Malaysia; Berusia 18 tahun ke atas; Tanpa mengira kadar pendapatan bulanan; |
RINGKASAN AMAUN MY SARA 2026
Secara Ringkasnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan seperti amaun berikut :
| JENIS SARA | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| SARA EKASIH (BULANAN) | RM200 sehingga RM100 Sebulan (bergantung kepada kelayakan penerima) |
| SARA BUKAN EKASIH (BULANAN) | RM100 sehingga RM50 Sebulan (bergantung kepada kelayakan penerima) |
| SARA ONE OFF | RM100 Setiap Individu (one-off) |
KADAR KELAYAKAN MY SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM100 Sebulan + RM100 ONE-OFF |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM50 Sebulan + RM100 ONE-OFF |
| Bujang | RM100 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM50 Sebulan + RM100 ONE-OFF |
SEMAKAN JADUAL BAYARAN MY SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA), akan disalurkan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH | SARA ONE OFF |
|---|---|---|---|
| Januari | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| Februari | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | RM100 |
| Mac | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| April | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| Mei | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| Jun | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| Julai | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| Ogos | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| September | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| Oktober | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| November | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
| Disember | RM200 – RM100 | RM100 – RM50 | – |
SEMAKAN STATUS MY SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semak Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- SARA BULANAN (EKASIH & BUKAN EKASIH) :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir / Luput | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
- SARA ONE-OFF
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA 2026 (ONE-OFF) |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 9/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir / Luput | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
Cara Semak Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
SEMAKAN CARA BAYARAN MY SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut kaedah berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa Tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026