SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH SARA 2025

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH SARA 2025

Penambahbaikan program Bantuan MyKasih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dilakukan oleh Kerajaan MADANI pada tahun ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat dewasa Malaysia yang memerlukan mendapat bantuan yang selayaknya.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak MyKasih Sara? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JUMLAH PENERIMA STATUS LAYAK MYKASIH SARA 2025

Jumlah penerima Bantuan MyKasih Sara pada tahun 2025 telah bertambah sehingga 75% berbanding tahun lalu, iaitu seramai berikut :

  • 5.4 juta penerima daripada dua (2) kumpulan :
    • 0.7 juta penerima Miskin & Miskin Tegar; dan
    • 4.7 juta penerima Asas Bukan Miskin.

SYARAT STATUS LAYAK MYKASIH SARA 2025

Syarat untuk status ‘Layak’ Bantuan MyKasih Sara terbahagi kepada dua (2), iaitu :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH SARA 2025

Berikut merupakan panduan semakan status penerima ‘Layak’ MyKasih Sara :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KADAR BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih Sara adalah dengan kadar yang berbeza bergantung kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM2,100/setahun.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900/setahun.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM1,650/setahun.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450/setahun.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600/setahun.

TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2025

  • Bayaran MyKasih Sara Kepada Penerima Miskin & Miskin Tegar :
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARAPEMBAYARAN BULANAN
SESI 1 :
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM100/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
SESI 2 :
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200/sebulan
Warga Emas : RM150/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
  • Bayaran MyKasih Sara Kepada Penerima Asas Bukan Miskin :
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARAPEMBAYARAN BULANAN
SESI 2 :
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM50/sebulan
Bujang : –

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment