SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 2025

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 2025

Tekad Kerajaan melaksanakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 lebih awal dari jadual asal adalah untuk memberikan kelegaan kewangan rakyat menjelang sambutan Deepavali. Seramai 8.9 juta penerima yang berstatus layak akan menerima bayaran secara berperingkat.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 4? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA 2026 (BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH)

🗓️ JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2025

Kerajaan telah menjadualkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 secara berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut jenis penerimaan seperti tarikh berikut :

JENIS
PENERIMAAN
TARIKH BAYARAN :
PENERIMA
SEDIA ADA
TARIKH BAYARAN :
PENERIMA
BAHARU
Pengkreditan dalam
akaun bank penerima
18 Oktober 2025
sehingga
24 Oktober 2025
Mulai 13 November 2025
Bayaran tunai di
Bank Simpanan Nasional
Mulai 21 Oktober 2025Mulai 13 November 2025

💸 AMAUN BAYARAN STR FASA 4 2025

Amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dibayar bermula RM100 sehingga RM700 mengikut kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :

  • Tiada anak : RM200
  • 1 – 2 anak : RM350
  • 3 – 4 anak : RM500
  • 5 & ke atas : RM700

Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :

  • Tiada anak : RM100
  • 1 – 2 anak : RM150
  • 3 – 4 anak : RM250
  • 5 & ke atas : RM350

Warga Emas (Tiada Pasangan) :

  • RM150

Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak) :

  • RM150

👫 BILANGAN PENERIMA LAYAK BAYARAN STR FASA 4 2025

Keseluruhan penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah direkodkan seramai 8.8 juta daripada isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGANIMPLIKASI
KEWANGAN
Isi Rumah B403.1 jutaRM1.1 billion
Isi Rumah M401.0 jutaRM0.2 billion
Warga Emas1.3 jutaRM0.2 billion
Bujang3.4 jutaRM0.5 billion

📝 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 2025

Semua 8.6 juta penerima sedia ada dan 0.2 juta penerima baharu boleh mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025. Berikut merupakan panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima :

  1. Pergi ke Portal Rasmi STR.
  2. Log masuk portal.
    • Klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan maklumat peribadi.
    • Isikan ruangan dengan nombor Kad Pengenalan anda dan klik [Semak].
  4. Kata Kunci Keselamatan.
    • Sahkan kata kunci kesalamatan yang dipaparkan dengan klik butang [Ya].
  5. Kata Laluan.
    • Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan.
  6. Terus Log Masuk.
    • Klik butang [Log Masuk] untuk teruskan.
  7. Dashboard pemohon.
    • Dashboard pemohon STR akan dipaparkan.
  8. Pergi ke STR 2025.
    • Layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Semakan Permohonan] STR 2025.
  9. Paparan Status dan jumlah bayaran.
    • Penerima akan dipaparkan dengan status kelayakan dan jumlah bayaran STR 2025.
  10. Selesai.

💭 SOALAN LAZIM STR

  • Bilakah bayaran STR Fasa 4 dilaksanakan?
    • Bayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan bermula 18 Oktober 2025 kepada penerima sedia ada dan bermula 13 November kepada penerima baharu.
  • Bilakah penerima yang tiada akaun bank boleh menuntut bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)?
    • Penerima sedia ada yang tiada akaun boleh menuntut bayaran di BSN bermula 21 Oktober 2025. Manakala penerima baharu yang tiada akaun boleh menuntut bayaran di BSN bermula 13 November 2025.
  • Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4 kepada penerima bujang?
    • Semua penerima bujang / balu / duda / janda yang tiada anak akan menerima jumlah yang sama iaitu RM150 setiap seorang.
  • Adakah masih boleh memohon Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan Bantuan STR Fasa 4 hanya dibuka sehingga 30 September 2025 sahaja.
  • Bolehkah penerim sedia ada kemaskini maklumat akaun bank kepada yang baharu untuk terima bayaran Fasa 4?
    • Bayaran Fasa 4 akan dimasukkan mengikut maklumat akaun bank semasa. Sekiranya dikemas kini pada hari ini, ianya akan digunakan untuk penerimaan tahun 2026.

📞 TALIAN RUJUKAN STR

Pihak kami hanya menulis maklumat berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kami rujuk daripada sumber yang sahih iaitu Portal Rasmi STR. Untuk maklumat atau rujukan lebih lanjut berkaitan Bantuan STR, anda boleh hubungi talian berikut :

  • Talian Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Leave a Comment