SEMAKAN STATUS EWALLET RM300 : (2026) SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN & CARA MOHON
Aplikasi e-Wallet kini menjadi akaun yang digunakan untuk pelbagai bentuk transaksi bayaran kerana ianya dapat memudahkan pengguna. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan Bantuan eWallet yang akan dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan dan boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status eWallet RM300? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT
MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300
Daripada penerimaan Bantuan eWallet RM300, penerima dapat pelbagai manfaat, antaranya ialah :
- Mengurangkan Beban Kewangan : Bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan akan membantu isi rumah memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup : Dengan bantuan ini, penerima berpeluang untuk memperbaiki keadaan ekonomi keluarga mereka serta memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan anak-anak.
- Menyokong Golongan Miskin : Program ini menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.
SEMAKAN KRITERIA PENERIMA EWALLET RM300
Hanya mereka yang menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan sahaja dapat menerima Bantuan eWallet RM300. Antara kriteria kelayakan penerima adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin / ibu bapa tunggal (cerai / kematian pasangan);
- Mempunyai tanggungan sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
- Lahir di Selangor atau menetap lebih 10 tahun di Selangor.
CARA MOHON EWALLET RM300
Sekiranya anda menepati kriteria yang ditetapkan, anda boleh memohon Bantuan eWallet seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MOHON EWALLET RM300
Sediakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
SEMAKAN STATUS EWALLET RM300
Setelah permohonan berjaya dihantar, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini : https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang anda daftarkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Terus klik pada [Semakan Status Kelayakan].
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN EWALLET RM300
Apabila status disahkan layak dan bantuan RM300 dikreditkan dalam eWallet, anda boleh menggunakannya mengikut panduan berikut :
- Apabila permohonan telah diluluskan, pemohon perlu memuat turun aplikasi [SELANGKAH] di dalam telefon bimbit;
- Akaun pemohon akan diaktifkan dan amaun bantuan (RM300) akan dimasukkan;
- Pemohon perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Kemudian, pemohon haruslah memilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori kelulusan;
- Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan kod QR dalam aplikasi.
- Juruwang akan mengimbasnya dan mengesahkan transaksi;
- Resit baki bayaran akan diberikan.
RUJUKAN LANJUT
Informasi yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal rasmi BINGKAS dan kami kongsikan untuk memudahkan carian orang ramai. Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 1800-22-6600.
- Laman Pertanyaan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.