SEMAKAN STATUS EWALLET 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kerajaan Negeri Selangor meneruskan lagi pelaksanaan bantuan kewangan kepada rakyatnya melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk membantu keluarga yang memerlukan dalam mendepani cabaran ekonomi.
Bagaimanakah semakan status ewallet 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN MYSTR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
APA ITU BANTUAN EWALLET?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah.
Kredit bantuan ini boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barang keperluan asas, di kedai berdaftar secara bulanan.
SEMAKAN KELAYAKAN EWALLET 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
 - Pemilih berdaftar di Selangor;
 - Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
 - Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
 - Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
 
SEMAKAN STATUS EWALLET 2026
Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
 - Aplikasi Selangkah.
 
Semak status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
 - Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
 - Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
 - Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
 - Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
 - Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
 - Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
 - Selesai.
 
Semak status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
 - Kemudian, buka aplikasi tersebut.
 - Daftarkan akaun anda.
 - Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
 - Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
 - Buka bahagian [BINGKAS].
 - Semak status kelayakan anda.
 - Selesai.
 
CARA GUNA EWALLET SELANGKAH
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
 - Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
 - Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
 - Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
 - Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
 - Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
 - Selesai.
 
SEMAKAN KADAR EWALLET 2026
Jumlah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2026, seperti berikut :
| KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | 
|---|---|
| RM300 | RM3,600 | 
SENARAI KEDAI BERDAFTAR
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS untuk penerima menggunakan akaun e-Wallet Selangkah bagi mendapatkan barangan asas, termasuk pasar raya besar seperti :
- Lotus;
 - 99 Speedmart.
 
Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
 - Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
 - Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/