SEMAKAN STATUS EKASIH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Hanya rakyat yang benar-benar memerlukan serta layak sahaja akan dipilih tersenarai dalam pangkalan data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) dapat menerima jumlah bayaran Bantuan SARA yang tertinggi pada tahun ini.
Bagaimanakah semakan status eKasih SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
BILANGAN PENERIMA EKASIH SARA
Rakyat Malaysia yang berdaftar dengan eKasih serta tersenarai dalam pangkalan data sehingga 31 Oktober 2024 telah direkodkan seramai 700,000 ribu yang merupakan golongan Miskin dan Miskin Tegar (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang).
Namun, pemberian Bantuan SARA telah diperluaskan juga kepada rakyat yang tidak tersenarai dalam pangkalan data eKasih tetapi memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
JUMLAH PEMBERIAN EKASIH SARA
Penerima yang berdaftar dengan eKasih dan bukan eKasih akan menerima jumlah Bantuan SARA yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA DIBERIKAN KEPADA PENERIMA DAFTAR EKASIH | JUMLAH BANTUAN SARA DIBERIKAN KEPADA PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM2,100 setahun | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM1,650 setahun | RM450 setahun |
BUJANG | RM600 setahun | Tiada |
TEMPOH PEMBERIAN EKASIH SARA
Pemberian Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih adalah melalui tempoh berbeza seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN SARA |
---|---|
Penerima Daftar eKasih | Bantuan SARA diberikan setiap bulan selama tempoh 12 bulan (setahun) bermula pada 15 Januari 2025 sehingga 01 Disember 2025 |
Penerima Bukan eKasih | Bantuan SARA diberikan setiap bulan selama tempoh 9 bulan sahaja bermula pada 01 April 2025 sehingga 01 Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS EKASIH SARA
Berikut merupakan panduan semakan status pendaftaran eKasih dan juga semakan status kelayakan SARA :
Panduan semakan status pendaftaran eKasih :
- Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan semakan status kelayakan SARA :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.