SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Pelbagai inisiatif kerajaan diwujudkan bagi membantu meringankan bebanan rakyat terutamanya dalam menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas. Oleh itu, Bantuan SARA MyKasih diteruskan lagi dengan menyasarkan kepada lebih ramai penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
MANFAAT BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Antara manfaat daripada Bantuan SARA MyKasih adalah :
- Dikreditkan secara automatik setiap bulan melalui kad pengenalan;
- Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai dengan kad pengenalan;
- Selamat digunakan kerana hanya pemegang kad pengenalan sahaja boleh membuat pembelian;
- Sekiranya baki bantuan dalam kad pengenalan tidak digunakan, baki akan dibawa ke bulan seterusnya;
- Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
JUMLAH BAYARAN SARA KEPADA PENERIMA DAFTAR E-KASIH | JUMLAH BAYARAN SARA KEPADA PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100/setahun | ISI RUMAH : RM900/setahun |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN : RM1,650/setahun | WARGA EMAS TIADA PASANGAN : RM450/setahun |
BUJANG : RM600/setahun | BUJANG : tiada |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Status penerima Bantuan SARA MyKasih hanya boleh disemak melalui Portal Rasmi seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
SARA MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA MyKasih di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Sekiranya anda telah disahkan layak dan telah menggunakan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh menyemak baki yang ada dalam kad pengenalan mengikut panduan semakan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.