SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 3 2025
Bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat bakal memasuki Fasa Ketiga (3) pembayaran bagi tahun 2025, dan akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula tarikh rasmi pembayaran.
Bagaimanakah semakan status bantuan sabah fasa 3 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN SABAH?
Bantuan Sabah / PADANS / SYUKUR (Sentuhan Kasih Rakyat) merupakan :
- Inisiatif kerajaan Negeri Sabah;
- Bantuan Sabah diberikan setiap tiga bulan (RM900 bagi setiap fasa);
- Tujuan meringankan beban kewangan penerima dalam terutama mendapatkan keperluan asas dan mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SEMAKAN JADUAL BAYARAN & AMAUN BANTUAN SABAH
Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | JADUAL BAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|---|
Fasa 1 | Januari – Mac 2025 | RM900 |
Fasa 2 | April – Jun 2025 | RM900 |
Fasa 3 | Julai – September 2025 | RM900 |
Fasa 4 | Oktober – Disember 2025 | RM900 |
Nota Penting : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Atau Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp |
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BANTUAN SABAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BANTUAN SABAH 2025:
- Bila saya boleh semak status bantuan SYUKUR Sabah?
- Semakan syukur sabah Fasa 3 boleh disemak bermula bulan September 2025, atau mulai tarikh pembayaran yang dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
- Apa yang perlu saya sediakan untuk semakan?
- Semakan kelayakan memerlukan Nombor Kad Pengenalan /MyKad KIR, dan semakan boleh dibuat di portal rasmi SYUKUR.
- Jika semakan menunjukkan “Tidak Layak”, boleh saya rayu?
- Anda boleh menghubungi pejabat daerah, ketua kampung, atau saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
- Bagaimana saya tahu bila bayaran akan masuk jika layak?
- Tarikh pembayaran akan diumumkan melalui SMS kepada penerima yang layak.
- Adakah saya perlu membuat permohonan baru?
- Jika anda sudah tersenarai dalam data eKasih atau PADANS dan memenuhi syarat kelayakan, anda tidak memerlukan permohonan baharu dan bantuan automatik diberikan berdasarkan data eKasih atau PADANS.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]