SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA : SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan oleh kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang layak, sebagai bantuan tambahan setiap bulan untuk menyokong perbelanjaan keperluan asas penerima secara bulanan.
Bagaimanakah semakan status bantuan mysara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 3 2025

APA ITU BANTUAN MYSARA?
Bantuan MySARA merujuk kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima, khusus digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai berdaftar Program SARA. Tujuan utama pelaksanaan Program ini adalah :
- Membantu isi rumah berpendapatan rendah menampung kos sara hidup; dan
- Memastikan bantuan hanya digunakan untuk tujuan pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad Penerima;
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA
Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA
Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
APAKAH SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI?
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barang keperluan sekolah di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BANTUAN MYSARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYSARA 2025:
- Bagaimana cara tahu saya layak menerima MySARA
- Semak status kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan / MyKAd.
- Bila bantuan MySARA dikreditkan ke dalam MyKad?
- Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada setiap awal bulan, contoh 1 September 2025.
- Berapa jumlah bantuan MySARA sebulan?
- Kadar bayaran disalurkan kepada penerima adalah diantara RM50 sehingga RM200 sebulan bergantung kepada kategori kelayakan penerima.
- Adakah MySARA boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad.
- Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima?
- Anda boleh mengemukakan rayuan di Portal STR kerana untuk menerima bantuan SARA, anda mestilah merupakan penerima STR. Anda juga boleh mengesahkan kelayakan semula dengan menghubungi hotlink rasmi bantuan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]