SEMAKAN STATUS BANTUAN IC : 2026 KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS BANTUAN IC : 2026 KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Setiap penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menikmati bantuan bulanan barangan keperluan asas melalui penebusan menggunakan IC (Kad Pengenalan) masing-masing, mengikut amaun yang telah dikreditkan melalui IC.

Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAKI SARA DALAM MYKAD : 2026 SEMAK, CHECK

PENGENALAN BANTUAN IC

Bantuan IC (Kad Pengenalan) ialah Program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana kredit bantuan disalurkan secara tanpa tunai melalui IC (Kad Pengenalan) secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas penerima.

Penerima yang layak boleh untuk menebus atau membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar dengan kredit yang disalurkan melalui IC, dengan amaun pembelian mengikut kadar yang dikreditkan dalam IC.

Bantuan IC dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tempoh BantuanSetiap Bulan (12 Bulan)
Jumlah BantuanBermula RM50 sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kelayakan penerima
Cara PelaksanaanSecara tanpa tunai (cashless) melalui IC (Kad Pengenalan)
KelayakanBerdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IC

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN AMAUN BULANAN BANTUAN IC

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN IC

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semak Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

Semak Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

SEMAKAN CARA GUNA DUIT BANTUAN IC

Cara menggunakan duit bantuan SARA dalam IC (Kad Pengenalan) untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan adalah seperti berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment