SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH BAYARAN FASA 1 2026
Salah satu usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani isu kemiskinan tegar di negeri nya adalah dengan melaksanakan program bantuan kewangan khas melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan pemberian tunai kepada rakyat B40 yang tersenerai dalam Sistem eKasih.
Bagaimanakah semakan sentuhan kasih rakyat sabah? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSTR FASA 2 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Kelayakan penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
Garis Pendapatan Kemiskinan Semasa :
| KATEGORI (ISI RUMAH) | KADAR PENDAPATAN (SEBULAN) | KADAR PER KAPITA (SEBULAN) |
|---|---|---|
| MISKIN | RM2,843 | RM720 |
| MISKIN TEGAR | RM1,257 | RM310 |
SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
- Portal PADANS (SYUKUR) Sabah; atau
- Aplikasi YONO Superapp
Cara Semakan Status di Portal PADANS (SYUKUR) Sabah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Aplikasi YONO Superapp :
- Muat turun aplikasi ‘YONO Superapp melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian modul [Bantuan].
- Semak status kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah anda.
- Selesai.
JUMLAH SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Setiap penerima yang layak Bantuan Sabah akan terima amaun seperti berikut :
| JUMLAH SETIAP FASA | TOTAL SETAHUN |
|---|---|
| RM600 | RM2,400 |
FASA BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Bantuan Sabah dijadualkan akan berlangsung seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH/JADUAL BAYARAN | AMAUN BAYARAN SETIAP FASA |
|---|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac 2026) | Pembayaran akan dilaksanakan (Februari – Mac 2026) | RM600 |
| Fasa 2 (April – Jun 2026) | Pembayaran akan dilaksanakan (Mei – Jun 2026) | RM600 |
| Fasa 3 (Julai – September 2026) | Pembayaran akan dilaksanakan (Ogos – September 2026) | RM600 |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | Pembayaran akan dilaksanakan (November – Disember 2026) | RM600 |
Tarikh rasmi pengkreditan duit Bantuan Sabah belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
- Penerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 adalah terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS setakat 14 Januari 2026.
- Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4.
KAEDAH PELAKSANAAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Pengkreditan bantuan Sabah kepada penerima adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Tiada Akaun Bank | Bayaran secara tunai di bank atau Pusat Agihan yang ditetapkan |
RUJUKAN LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 369 473 atau 088 309 279
- Portal Rasmi PADANS SABAH : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel Rasmi Sentuhan Kasih Rakyat : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq