SEMAKAN SARA UNTUK SEMUA : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100 ONE OFF
Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan (Merdeka). Oleh itu, Kerajaan MADANI memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada semua rakyat (dewasa) sebagai tanda penghargaan.
Bagaimanakah semakan SARA untuk semua? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : DUIT BANTUAN 100 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
CARA BAYARAN SARA UNTUK SEMUA
Pembayaran Bantuan SARA kepada semua rakyat Malaysia yang layak adalah secara automatik dikreditkan melalui kad pengenalan dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai terpilih secara tanpa tunai (cashless) menggunakan kad pengenalan.
JUMLAH BAYARAN SARA UNTUK SEMUA
Bantuan SARA akan dibayar sebanyak jumlah berikut :
- Isi Rumah :
- RM100 suami.
- RM100 isteri.
- Warga Emas :
- RM100 suami.
- RM100 isteri.
- Bujang :
- RM100 setiap individu.
TARIKH BAYARAN SARA UNTUK SEMUA
Kerajaan akan membayar Bantuan SARA untuk semua bermula pada tarikh berikut :
- 31 Ogos 2025 (Sempena Hari Kebangsaan).
*Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
SYARAT KELAYAKAN SARA UNTUK SEMUA
Semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
SEMAKAN SARA UNTUK SEMUA
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA One-off, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.