SEMAKAN SARA RM100 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN ONE OFF 2025

SEMAKAN SARA RM100 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN ONE OFF 2025

Semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bantuan bakal menerima bantuan one-off di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 melalui MyKad.

Bagaimanakah semakan layak atau tidak bayaran one off sara rm100? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 100 RINGGIT SARA : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100

Syarat kelayakan penerima SARA one-off (sekali bayaran) 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia; dan
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekali bayaran) akan diberikan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

MANFAAT SARA RM100

Bantuan SARA RM100 yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan 90,000 jenis barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara dengan pembayaran menggunakan MyKad (kredit SARA).

TARIKH KREDIT SARA RM100

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA GUNA SARA RM100

Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN 100 SARA RM100

Status Kelayakan SARA untuk semua (one-off) boleh disemak secara online bermula 21 Ogos 2025, seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment