SEMAKAN SARA GOV MY : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100 ONE-OFF

SEMAKAN SARA GOV MY : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100 ONE-OFF

Terkini! Status kelayakan Bantuan Tunai RM100 ONE-OFF kini boleh disemak di Portal Rasmi SARA bagi mengetahui kelayakan masing-masing untuk dibelanjakan di bawah Program SARA.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak rm100 one-off di portal sara gov my? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS MYKASIH RM100 : (2025) SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU SARA GOV MY

SARA GOV MY ialah portal rasmi untuk menyemak status kelayakan Penghargaan SARA atau BANTUAN TUNAI RM100 ONE-OFF di bawah Program SARA, bagi mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan tersebut melalui MyKad untuk dibelanjakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

SIAPA LAYAK MENERIMA SARA GOV MY

Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:

  • Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Individu berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan.

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 ONE-OFF DI PORTAL SARA GOV MY

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
      • Status : Layak (jika anda layak)
      • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
      • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
      • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

TARIKH PENYALURAN BAYARAN SARA GOV MY

Bantuan RM100 ONE-OFF akan mula disalurkan kepada penerima seperti berikut :

TARIKH PELAKSANAANTARIKH SAH
Bermula 31 Ogos 2025
(Ahad)
SAH sehingga 31 Disember 2025
(Rabu)

Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

MANFAAT PENERIMA SARA GOV MY

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan), dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis runcit berdaftar di seluruh Negara.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Leave a Comment