SEMAKAN SARA : CARA SEMAK STATUS 2026 BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

SEMAKAN SARA : CARA SEMAK STATUS 2026 BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

SARA 2026 ialah Sumbangan Asas Rahmah 2026 iaitu program bantuan tunai bulanan oleh kerajaan Malaysia di bawah Payung Rahmah. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup, dengan jumlah dan kaedah penyaluran yang berbeza bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima (miskin/miskin tegar atau selain itu)

Bantuan ini dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan secara cashless untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya terpilih.

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tambahan yang disalurkan oleh Kerajaan MADANI bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026 ini.

Bagaimanakah semakan SARA? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN SARA 2026

Mudah sahaja untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kerana ianya boleh disemak secara online melalui Portal MyKasih dan Portal MySTR. Ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah:

  1. Cara semakan SARA melalui Portal MyKasih:
    • Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    • Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
    • Layarkan skrin ke bawah dan klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Tunggu pengesahan verifikasi.
    • Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    • Status kelayakan anda akan dipaparkan.
    • Selesai.
  2. Cara semakan SARA melalui Portal MySTR:
    • Layari pautan Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
    • Terus klik pada butang [Log Masuk] jika anda telah selesai mendaftar akaun.
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Klik butang [Semak].
    • Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
    • klik butang [Ya] jika betul.
    • Masukkan Kata Laluan anda.
    • Kemudian, klik butang [Log Masuk].
    • Dashboard MySTR akan dipaparkan.
    • Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
    • Status kelayakan anda sebagai penerima STR dan SARA akan dipaparkan.
    • Selesai.

SYARAT PENERIMA SARA 2026

Syarat-syarat penerima SARA adalah seperti berikut:

  • SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; Dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod dataeKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN SARA 2026

Jumlah bayaran Bantuan SARA adalah sebanyak berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN SARA
KEPADA PENERIMA
E-KASIH
JUMLAH BAYARAN SARA
KEPADA PENERIMA
BUKAN E-KASIH
ISI RUMAH (Tiada had umur)RM200/bulan (Januari-Disember)
(RM2,400 setahun)
RM100/bulan (Januari-Disember)
(RM1,200 setahun)
WARGA EMAS (Tiada pasangan)RM150/bulan (Januari-Disember)
(RM1,800 setahun)
RM50/bulan (Januari-Disember)
(RM600 setahun)
BUJANG (21-59 tahun)RM100/bulan (Januari-Disember)
(RM1,200 setahun)
RM50/bulan (Januari-Disember)
(RM600 setahun)

TARIKH BAYARAN SARA 2026

Pembayaran penerima SARA terbahagi kepada (2) iaitu bulanan dan one-off, tarikh bermula adalah seperti berikut:

Pembayaran SARA bulananPembayaran SARA one-off
Tarikh dijangka: Januari 2026 hingga Disember 2026Tarikh dijangka: Pertengahan Februari 2026
Jumlah: RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas, RM50 sebulan untuk bujangJumlah: RM100 untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
Kredit akan dimuatkan ke MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai MyKasih yang berdaftar.Bayaran akan dimasukkan terus ke MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai MyKasih yang berdaftar.

CARA BAYARAN SARA 2026

Cara pembayaran Bantuan SARA kepada penerima adalah secara pengkreditan tanpa tunai terus ke dalam kad pengenalan (MyKad), cara adalah seperti berikut:

  • Bantuan bulanan: Penerima STR akan menerima RM100 sebulan, manakala penerima dari eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan. Individu bujang yang tidak lagi menerima STR akan mendapat SARA RM50 sebulan.
  • Bantuan one-off: Semua rakyat Malaysia dewasa akan menerima bantuan khas one-off RM100 pada Februari 2026.
  • Penggunaan: Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, tepung, dan barangan kebersihan di kedai berdaftar dengan SARA.
  • Cara pembayaran: Penerima perlu menyerahkan MyKad kepada juruwang di kedai berdaftar untuk pengesahan dan pembayaran secara automatik. 

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf

Leave a Comment