SEMAKAN RM100 ONE OFF : (TERKINI 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Melalui pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia, kerajaan akan menyalurkan bantuan one-off kepada semua Warganegara Malaysia, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA ONE OFF 100 : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
APA ITU SEMAKAN RM100 ONE OFF
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan secara one-off (sekali bayaran) Sempena Hari Kebangsaan, kepada 22 juta rakyat Malaysia dengan kadar peruntukan bantuan adalah sebanyak RM2bilion.
Bantuan one-off akan dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana RM100 akan diberikan kepada setiap rakyat Malaysia (setiap individu) berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.
SIAPAKAH LAYAK BAYARAN SARA ONE OFF RM 100
Syarat kelayakan penerima SARA one-off (sekali bayaran) adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).
SEMAKAN CARA PELAKSANAAN RM100 ONE OFF
Pelaksanaan bantuan one-off (sekali bayaran) akan disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima tanpa sebarang permohonan diperlukan.
Bantuan ini boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan 90,000 jenis barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara dengan pembayaran menggunakan MyKad (kredit SARA).
SEMAKAN TARIKH PELAKSANAAN RM 100 ONE OFF
RM100 akan mula disalurkan ke dalam MyKad penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan, dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Kredit RM100 SAH digunakan sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).
CARA GUNA RM100 ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK RM100 ONE OFF
Status Kelayakan SARA untuk semua (one-off) boleh disemak secara online bermula 21 Ogos 2025, seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara