SEMAKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SESI 3.0 2025
Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2025 sesi 3.0 dengan modul latihan yang diperbaharui. Latihan siri pertama (1) telah dilaksanakan pada bulan Januari hingga Februari dan kini pelaksanaan siri kedua (2) bermula bulan Mei.
Bagaimanakah semakan Program Latihan Khidmat Negara? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 SETIAP HARI : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 2023 sebagai program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.
Namun begitu, program ini dihentikan pada tahun 2015, kemudian diteruskan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN siri 2.0 dan seterunya dimansuhkan pula pada tahun 2018 kerana menelan banyak kos. Kini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025 dengan modul baharu.
MODUL PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Berikut merupakan modul Program Latihan Khidmat Negara bagi tahun 2025 sesi 3.0 :
- Modul Fizikal :
- Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
SEMAKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

- Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [SEMAK].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Program Latihan Khidmat Negara sesi 3.0 adalah dijadualkan seperti berikut :
SIRI PELAKSANAAN | TARIKH LATIHAN | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|---|
Pertama (1) | 12 Januari 2025 sehingga 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur |
Kedua (2) | 11 Mei 2025 sehingga 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
Ketiga (3) | 7 September 2025 sehingga 22 Oktober 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Latihan Khidmat Negara, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.