SEMAKAN PLKN ONLINE 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan semula pada tahun 2025 dengan konsep dan format baharu dan peserta akan mengikuti latihan kenegaraan dan jati diri berdasarkan modul khas yang ditetapkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di pusat latihan terpilih.
Bagaimanakah semakan kelayakan plkn 2025 secara online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
- Rekod peribadi (tidak mempunyai rekod jenayah berat)
Untuk makluman, tidak semua individu dalam kumpulan umur tertentu akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0 kerana pemilihan dilakukan secara rawak mengikut sistem berkomputer.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025 SECARA ONLINE
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:

- Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN:
https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form - Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
[Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
SEMAKAN LOKASI DAN TARIKH KEMASUKAN PESERTA PLKN 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut.
Pertama (SIRI 1):
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
Kedua (SIRI 2)
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
Ketiga (SIRI 3)
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
TEMPOH LATIHAN PERCUBAAN PLKN 3.0
Tempoh masa bagi Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah selama 45 hari.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0